( VIDEO & GAMBAR ) KUCING PALING BESAR DI NYC DENGAN BERAT 13KG, BAKAL PEMEGANG REKOD DUNIA GUINNESS!..

Kucing paling besar di NYC dengan berat 13kg, bakal pemegang Rekod Dunia Guinness!

Kenali Samson, ia bukan kucing Maine Coon yang biasa. Dengan saiz yang hampir besar dengan kucing bob dewasa, saiz kucing gergasi yang comel ini lebih daripada segenggam tangan tuannya.

Jonathan Zurbel dari New York mengambil kucing berusia 4 tahun yang dinamakan Samson daripada abangnya, yang tidak mampu menjaga haiwan kerana jadual kerjanya. Tetapi, Samson bukanlah seekor kucing yang biasa. Maine Coon ini mempunyai berat 13 kg, dan hampir 4 kaki panjang.

Pemegang rekod Dunia Guinness terkini ialah Stewie, yang berukuran 4.04 kaki telah meninggal dunia pada 2013. Samson dianggap sebagai raksasa kucing peliharaan.….. (Like/follow page Informasi Dan Tauladan di Facebook Kami..)

 

Samson seekor kucing yang lemah lembut dan manis tetapi kuat. Dia bukanlah gemuk atau mengalami berat badan yang berlebihan tetapi seekor kucing yang kuat.

Samson bersaiz besar berbanding Maine Coon yang biasa. Kini, kucing berusia 4 tahun ini, sedang membesar seperti saiz kucing bob. Telinganya runcing terserlah sepeti telinga kucing bob.

Samson suka baring di sekitar rumah sambil melihat tuannya, termasuklah memberi urutan di perut dan bermain. Samson turut mengejutkan tuannya setiap pagi untuk bermain seketika sebelum Jonathan keluar untuk bekerja.