Mengancam! 10 Selebriti Muda Indonesia Miliki Potongan Badan S3ksi

Jauh berbeza dengan Malaysia, para selebriti muda di Indonesia lebih berani dan galak menunjukkan taring mereka. Bukan sahaja berbakat dalam lakonan, apa sahaja yang mereka lakukan pasti menjadi idola dan ikutan anak muda disana.

Boleh dikatakan selebriti muda Indonesia mempunyai tubuh badan yang menarik dan bekerja keras mendapatkan sisi tubuh yang menggiurkan. Kalau dah usaha nak dapat tubuh yang cantik mereka langsung tidak segan silu mempamerkan kepada netizen.

Siapa yang paling seksi dan cantik? Mari kita lihat…

1. Alyssa Daguise, 19 tahun

Namanya menjadi sebutan setelah bercinta dengan DJ dan pemuzik tersohor Indonesia Al Ghazali, anak kepada penyanyi Ahmad Dhani. Gerak-geri Alyssa Daguise kini menjadi perhatian netizen Indonesia.

Alyssa Daguise. Foto – Instagram Alyssa Daguise

2. Aurelie Moeremans, 24 tahun

Bermula dengan menjuari pertandingan model di Bandung. Aurelie menyusur langkah menjadi aktres di Indonesia walaupun dia tidak fasih berbahasa Indonesia kerana pernah menetap di Belgium. Kini Aurelie telah berlakon lebih dari 12 filem.

Aurelie Moeremans. Foto – Youtube.com

3. Pevita Pearce, 25 tahun

Aktres seksi ini kacukan Banjar – Wales. Pevita Pearce muncul sebagai Tara dalam sinetron Mutiara Hati yang pernah ditayangkan di Malaysia. Ia merupakan pengalaman pertama dia dalam dunia lakonan.

4. Valerie Thomas, 18 tahun

Anak kepada aktor Indonesia Jeremy Thomas ini juga aktif mengikut jejak langkah ayahnya menjadi seorang aktres.

Valerie Thomas. Foto – Selebupdate.com

5. Cinta Laura, 24 tahun

Gadis comel berdarah kacukan Indonesia-Jerman ini pernah ‘meletup’ di Malaysia dalam sinetron Upik Abu dan Laura pada tahun 2008. Dia juga kini aktif dalam dunia nyanyian pop.

Cinta Laura. Foto – Pictaram

6. Mikha Tambayong, 23 tahun

Gadis hebat ini mengungguli tiga kerjaya dalam hidupnya. Seorang model, aktres dan juga penyanyi di Indonesia.

Mikha Tambayong. Foto – ShowBiz Liputan6

7. Nikita Willy, 23 tahun

Bermula karier didalam dunia hiburan sejak berumur 6 tahun. Nikita antara muka-muka penghibur Indonesia yang berjaya menambat hati peminat Malaysia didalam sinetron Putri Yang Ditukar, Safa Dan Marwah dan Yusra Dan Yumna.

Nikita Willy. Foto – Blogs World – blogger

8. Ariel Tatum, 21 tahun

Bermula kerjaya sebagai model iklan di kaca televisyen seawal umur 10 tahun dan kini beralih kepada lakonan sinetron.

Ariel Tatum. Foto – Pojok Satu

9. Aurel Hermansyah, 19 tahun

Penyanyi pop Indonesia, Aurel juga merupakan anak didik Krisdayanti dan anak perempuan kepada penyanyi Anang Hermansyah.

Aurel Hermansyah. Foto -http://sumut.pojoksatu.id

10. Kimberly Ryder, 24 tahun

Aktres muda dan juga model kacukan Inggeris-Minang, bermula kerjaya sebagai aktres pada tahun 2008.

Kimberly Ryder. Foto – LovelyGirl

Kalau di Malaysia, anda rasa siapa boleh lawan dengan nama-nama di atas?