FOTO GADIS DENGAN JERAGAT INI NAMPAK NORMAL, TETAPI MESTI KORANG KAGUM KALAU TAHU RAHSIA DISEBALIKNYA…

Apabila anda melihat gambar gadis ini , pasti anda terfikir yang jurufoto ini sangat artistik. Fotonya sangat cantik bagai sentuhan tangan seorang pelukis. Dan ia sebenarnya bukan foto tetapi sebuah potret. Realitinya ia adalah lukisan potret digital yang sebenar hasil sentuhan tangan yang sangat artistik oleh seorang artis lukisan digital dari Georgia bernama Irakli Nadar.

Anda pasti akan berasa sangat kagum dengan hati yang berdebar-debar melihat lukisan potret ini. Bawakan sekali kanta pembesar untuk melihat ketelitian setiap jejalur dan bayangan pada lakaran dan warna yang sangat kemas di atas potret yang akan membuat anda berasa tidak percaya yang ia adalah sebuah lukisan digital yang memerlukan latihan dan ketelitian yang tinggi.

Kita sudah melihat pelbagai lukisan hyper-realistic tetapi tidak seperti sentuhan tangan Irakli Nadar. Walaupun tidak menggunakan berus dan warna yang sebenar, tetapi kehalusan tangan dan ketelitian mata Irakli Nadar melakar dan melukis secara digital setiap titik yang sangat halus amat mengagumkan.

Lihat sahaja hasil kerja tangan Irakli Nadar yang sangat hebat dan mengagumkan ini di bawah

Kredit foto: Facebook / Irakli Nadar

Sumber : Era Baru