KES SELESAI: TRAGEDI TERBURUK DALAM SEJARAH AKIBAT PERBUATAN KHIANAT, YANG MENGAKIBATKAN KEMATIAN 21 PELAJAR TAHFIZ . INILAH 7 FAKTA KES YG MASIH RAMAI TAK TAHU!

KUALA LUMPUR: Berikut tujuh fakta ringkas yang dipetik daripada sidang media khas oleh Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah:

1. Kebakaran akibat khianat berpunca daripada tindakan ejek mengejek di antara suspek dengan penghuni asrama pusat tahfiz.

2. Semua tujuh suspek yang ditahan berusia di antara 11 dan 18 tahun dan tidak bersekolah.

 

Kebakaran pusat tahfiz: Tujuh fakta susulan penahanan suspek

Tujuh fakta ringkas daripada sidang media khas oleh Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Amar Singh berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. -Gambar Astro AWANI

 

3. Enam daripada mereka positif dadah jenis ganja dan dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan merusuh dan curi kenderaan.

4. Polis sahkan dua tong gas yang ditemukan di tingkat dua dibawa naik dari tingkat bawah.

5. Polis rampas lima helai seluar dan baju, empat topi keledar, tiga motosikal dan tiga telefon bimbit.

6. Pelajar tahfiz yang ditahan sebelum ini bukan suspek, tidak mengenali suspek dan terselamat daripada menjadi mangsa kerana tidur di surau pada hari kejadian.

7. Rakaman CCTV premis berhampiran bantu dalam memberi petunjuk terhadap penahanan semua suspek.

sumber: astroawani

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh bersama pegawai menunjukan sebahagian barang milik 7 suspek yang ditahan selepas mengadakan sidang media mengenai perkembangan terbaru siasatan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur. FOTO Mohd Yusni Ariffin

 

Berikut Merupakan TEKS [tanpa edit] sidang media Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh yang diadakan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, pada 8.20 malam, 16 September 2017:

 

“Pada 14 september jam 5. 41 pagi, bomba terima panggilan mengenai kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

“5. 44 pagi bomba sampai di lokasi kejadian dan 6. 45 pagi api berjaya dipadamkan. Seramai 21 pelajar lelaki, enam hingga 17 tahun terkorban.

“Dua lagi warden, 25 dan 26 tahun terkorban. Tujuh orang cedera. Jenazah tidak dapat disahkan secara identiti.

“Guna kaedah DIV iaitu pengecaman jenazah melalui tiga cara iaitu guna cap jari, rekod pergigian dan dna sebelum diserahkan kepada keluarga.

“Pada 15 September semua mayat selamat dikebumikan. Siasatan atas kesalahan khianat dengan api. Siasatan rapi dan bantuan pihak yang ada berhampiran dengan kejadian berikan pita video.

“Hasilnya, tujuh orang berjaya ditahan, 11 hingga 18 tahun antara 6 petang hingga 2 pagi hari ini. Rampas pakaian dan topi keledar suspek.

“Enam daripada mereka positif dadah, satu daripadanya tidak positif. Tujuh daripada mereka sudah direman selama tujuh hari bermula hari ini.

“Dua daripada mereka ada rekod lampau iaitu mencuri dan rusuhan. Motif kejadian adalah berpunca dari ejekan antara kedua-dua pihak.

“Tolong hentikan mesej yang viral kerana akan ganggu proses perbicaraan mahkamah. Sedang siasat punca ejek-mengejek. Tujuh orang itu tinggal berdekatan pusat tahfiz.

 

“Mereka yang membawa tong gas. Polis sudah selesai kes dengan tangkapan semua suspek.

Dapat CCTV daripada PPIM dan daripada itu, dapat imej suspek.

“Satu bahan pembakar digunakan untuk mempercepatkan proses kebakaran. Tidak wajar untuk menceritakan proses pembakaran itu dilakukan. Mereka positif dadah jenis ganja.

“Akan siasat sama ada pengurusan pusat tahfiz tahu mengenai perselisihan faham. Motif memang untuk bakar pusat tahfiz itu. Mereka hanya berniat untuk bakar bangunan itu.

“Tiada dadah dijumpai bersama suspek. Pakaian dan motosikal akan dihantar ke makmal untuk analisa. Gas silinder itu dibawa dari tingkat bawah ke tingkat atas oleh suspek.

 

Image result for mak mangsa KEBAKARAN PUSAT Tahfiz

“Ya allah… Mama baru kehilangan abah, kali ni mama kehilangan Fahmie dalam hidup Mama.” – Puteri Noridayu–

 

Image result for mak mangsa KEBAKARAN PUSAT Tahfiz

“Saya redha dia dah pergi” itulah luahan Kamizan Yusof,48, ibu kepada Mohd Zattullah Roslan, 11, yang merupakan salah seorang dari mangsa yang maut dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung.

 

“Dua tong gas digunakan secara keseluruhan dalam kejadian ini. Disiasat ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 435 kanun yang sama.

“Mungkin usia mereka dan kematangan itu, mereka tidak tahu niat untuk membakar itu akan membunuh orang. Mereka ambil ganja sebelum melakukan tindakan itu.

“Akan siasat dari mana mereka dapat ganja dan petrol. Tidak dapat sahkan sama ada pintu bilik asrama berkunci ketika kejadian.

“Akan siasat dari mana mereka dapat ganja dan petrol. Tidak dapat sahkan sama ada pintu bilik asrama berkunci ketika kejadian.

“Semalam panggil pelajar tahfiz yang tidur di surau berdekatan dan beliau tidak terbabit dalam kejadian itu sebelum dibebaskan.

“Semua tujuh orang itu bukan pelajar tahfiz. DBKL akan siasat pemilik pusat tahfiz atas kesalahan beroperasi tanpa kelulusan.”

KREDIT: TEAM BUJANG LAPOK

sumber: hmetro