APA ITU KL118: INILAH BAKAL BANGUNAN TERTINGGI MALAYSIA MENGGANTIKAN KLCC

jom kenali kl118 bangunan tertinggi malaysia menggantikan klcc
Kredit foto: theedgeproperty.com.my

Dalam masa 2 tahun akan datang, bangunan ikonik Menara Berkembar Petronas (KLCC) bukan lagi bangunan tertinggi di Malaysia sementelah sebuah menara baru yang gah diberi nama KL118 dijangka siap dibina menjelang tahun 2020. Bagi yang belum mengetahui, KL118 yang juga dipanggil Merdeka PNB 118 atau nama asalnya, Warisan Merdeka merupakan sebuah bangunan pencakar langit terbaru negara kita dengan 118 tingkat dan berketinggian 682 meter (2238 kaki) yang masih lagi dalam proses pembinaan di Kuala Lumpur.

Latar belakang
KL118 dimiliki dan dibiayai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) selaku ketua projek pembangunan megastruktur tempatan yang menelan belanja kira-kira RM5 bilion. Setelah siap iaitu dijangkakan pada tahun 2019, KL118 bakal menjadi bangunan tertinggi di Malaysia menggantikan KLCC dan bangunan ketiga tertingggi di dunia pada ketika itu.

Bukan itu sahaja, KL118 juga berkeluasan 400,000 meter persegi (4,300,000 kaki persegi) yang terdiri daripada ruang kediaman, hotel dan tempat komersial. Ini sekaligus mengalahkan KLCC yang berketinggian 451.9 meter dan mempunyai 88 tingkat.

KL118 bakal mempunyai 100 tingkat yang ditawarkan untuk sewaan yang terdiri dari 80 tingkat kawasan pejabat, 12 tingkat bilik hotel, 5 tingkat penginapan hotel dan pusat perniagaan runcit. Manakala kawasan lain termasuk lif, kemudahan rekreasi dan penyelenggaraan serta kawasan parkir yang mampu menampung sehingga 5000 buah kereta. Selain itu, 60 daripada 80 tingkat untuk kawasan pejabat akan dikhususkan kepada PNB selaku pembangun projek dan anak syarikat.

 

jom kenali kl118 bangunan tertinggi malaysia menggantikan klcc 1 1h624

Ilustrasi gambaran KL118 (kredit foto: theedgeproperty.com.my)
KL118 dibina di Petaling Hill, sebuah bukit berketumpatan rendah menghala tenggara bandar lama Kuala Lumpur yang cukup bersejarah iaitu lokasi yang sama dengan Taman Merdeka yang kemudiannya dibuka semula sebagai sebuah kawasan letak kereta terbuka. Tapak projek ini bertempat sekitar beberapa bangunan mercu tanda bersejarah dengan sedikit pembangunan moden iaitu kawasan sukan era kemerdekaan seperti Stadium Merdeka, Stadium Negara dan Staidum Chin Woo; kawasan sekolah pra zaman peperangan seperti Methodist Boys’ School dan Victoria Institution; serta projek Plaza Rakyat yang terbengkalai di seluruh LRT Laluan Ampang. Pembangunan KL118 apabila berjaya disiapkan akan mempunyai akses ke MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang yang baru dibina yang digali dibawah hujung selatan bandar lama Kuala Lumpur.

jom kenali kl118 bangunan tertinggi malaysia menggantikan klcc 2 1h669
Kredit foto: Youtube Ken Thong

Reka bentuk
KL118 dibina untuk mewujudkan sebuah lagi mercu tanda baru Kuala Lumpur sebagai ibu negara Malaysia. Bahkan, rekaannya menyerupai bentuk tangan kanan Tunku Abdul Rahman yang terbuka sewaktu pengumuman Merdeka sebagai tanda simbol keamanan bagi negara kita yang bertungkus-lumus untuk mengecapi kemerdekaan. Secara asasnya, KL118 bakal menempatkan sebuah pusat beli-belah, pejabat serta kawasan kediaman.

jom kenali kl118 bangunan tertinggi malaysia menggantikan klcc 3
Lukisan 3D KL118 (ihsan: skyscrapercity.com / Atifnadzir)

Perkembangan
Kerja-kerja pencerucukan dan pembinaan asas untuk projek KL118 telah diberikan kepada Pintaras Geotechnics Sdn Bhd. PNB juga menyenarai pendek 6 kumpulan untuk pelbagai kerja pembinaan seperti UEM Group Bhd-Samsung, IJM Corp Bhd-Norwest Holdings Sdn Bhd- Shimizu Corp, Malaysian Resources Corp Bhd-China State Construction Engineering Corp, WCT Bhd-Arabtec Construction LLC, TSR Capital Bhd-Daewoo Group dan Seacera Group Bhd-Spaz Sdn Bhd-Sinohydro Corp-Shanghai Construction Group. Syarikat-syarikat ini menghantar bidaan dan mengemukakan tawaran kejututeraan, pemerolehan dan pembinaan mereka pada 28 Januari 2015.

Sementara itu, KONE yang merupakan sebuah kumpulan dari Finland membekalkan sekitar 87 lif dan eskalator bagi projek ini. Pada 23 November 2015, PNB mengumumkan sebuah kontrak bernilai RM3.4 bilion yang dianugerahkan kepada usahasama South Korea’s Samsung C&T dan UEM Group Bhd.

jom kenali kl118 bangunan tertinggi malaysia menggantikan klcc 4 1h617
Kredit foto: skyscrapercity.com / Atifnadzir
Tapak pembinaan
Sehingga bulan September 2016, kerja menanam cerucuk KL118 telah siap dilakukan manakala kerja-kerja atas tanah baru hendak bermula. Pada asalnya, KL118 dirancang untuk menjadi sedikit tinggi berbanding Taipei 101 yang mempunyai ketinggian 509 meter. Malah, terdapat juga spekulasi iaitu hanya puncak menara itu dilanjutkan tanpa menambah jumlah lanjut aras kepada struktur jumlah tingkat seperti yang dirancang.
jom kenali kl118 bangunan tertinggi malaysia menggantikan klcc 5 1h639
Sumber foto: vincentloy.wordpress.com (imej adalah dari pelbagai sumber internet)

Kritikan
Pembinaan KL118 mengundang kontroversi apabila terdapat rakyat yang telah mengkritik dengan mendakwa projek tersebut merupakan suatu pembaziran dimana dana RM5 bilion itu boleh disalurkan untuk tujuan lain seperti sektor kesihatan dan pendidikan. Namun begitu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi respon terhadap kritikan itu dengan menafikan perkara tersebut dan menegaskan KL118 akan memberi lebih banyak kebaikan kepada negara dengan menjana peluang ekonomi.

Disebalik cemuhan yang diterima, KL118 pastinya akan menjadi sebuah mercu tanda baru Malaysia yang cukup gah dan membanggakan. Justeru, ianya sekaligus mengangkat nama negara setapak lebih tinggi di persada antarabangsa.

Oleh  pada 27 May 2017

Sumber rujukan: wikipedia.org

Maklumat Terkini : http://www.kl118.com.my

……………………………………………………..

 

Inilah 9 Tanda Hati Anda Sudah Rosak Atau Sakit, Jangan Abaikan..

Hati merupakan organ yang terbesar dalam tubuh manusia atau haiwan lain. Hati juga adalah satu-satunya organ yang mudah diganti apabila tisunya rosak. Ia terletak di bahagian atas abdomen dan dilindungi oleh tulang sangkar dada dan rusuk. Hati mempunyai 2 lobus (cuping) yang utama, yang dibekalkan oleh dua saluran darah iaitu arteri hepatik (membekalkan darah ke hati yang dipam dari jantung) dan vena portal.

Di antara fungsi vena portal di hati ialah:

* Membekalkan hati dengan nutrien dari usus dan limpa.
* Membenarkan bahan kimia dari saluran penghadaman memasuki hati untuk dinyahtoksikkan dan ditapis sebelum ia memasuki sistem peredaran darah ke seluruh badan.
* Menghantar bahan kimia dan protein yang diperlukan oleh sel hati bagi menghasilkan protein, kolesterol dan glikogen untuk keperluan badan.

Hati memainkan peranan penting dan berkait rapat dengan fungsi organ-organ lain dalam tubuh kita, dari penghasilan protein dan pembekuan darah hinggalah ke metabolisma kolesterol, glukosa dan zat besi (ferum). Hati juga merupakan organ yang berfungsi sebagai kelenjar kerana ia menghasilkan air hempedu.

Inilah 9 Tanda Hati Anda Sudah Rosak Atau Sakit, Jangan Abaikan..

Penyakit hati ialah sebarang gangguan terhadap fungsi (hepa) yang menyebabkan sakit atau hati gagal berfungsi dengan normal. Selalunya lebih 75% kerosakan tisu hati barulah ia gagal berfungsi

Menurut Yayasan Hati Amerika, hati boleh rosak disebabkan oleh virus, tabiat makan yang buruk dan kesan kimia. Hati adalah organ utama yang menapis darah serta menyediakan peruntukan kuasa untuk keseluruhan tubuh badan. Jika jantung anda tidak berjaya menjalankan tugas mereka, anda akan dapat melihat tanda-tanda tertentu menjalar ke dalam tabiat harian anda. Jangan mengabaikan salah satu di antara isu-isu ini:

1. Sering rasakan kekejangan atau sakit di perut

Organ hati ada di bahagian dada sebelah kanan di atas perut. Apabila terganggu, bahagian itu akan merasakan kekejangan dan sakit. Tanda-tanda ini boleh berulang bahkan semakin parah apabila tidak mendapatkan rawatan dengan segera.

2. Sembelit

Kerana sistem pengeluaran hempedu terbantut boleh mengakibatkan sembelit. Apabila sembelit ramai akan mengambil makanan yang mempunyai serat dan minum ubat pelawas biasanya akan sembuh. Tetapi, apabila organ hati ada masalah, sembelit berlaku sehingga beberapa minggu.

3. Nafsu makan berkurang

Satu diantara manfaat hati iaitu menghasilkan hempedu yang bertugas untuk memecah sisa-sisa makanan serta mengakibatkan perasaan lapar. Apabila hati ada masalah, tentu pengeluaran hempedu terhad menyebabkan metabolisme lambat dan menyebabkan rasa kenyang di perut. Ini menyebabkan, pesakit yang hatinya rosak bakal kehilangan nafsu makannya yang dan berat badan akan mengalami penurunan.

4. Sering terasa mual dan muntah

Apabila organ hati terganggu, tubuh akan perlihatkan tanda-tanda hati seperti loya dan muntah yang berulang. Hal ini kerana ada pengumpulan racun pada tubuh terutama pada saluran pencernaan.

Oleh demikian, untuk meneutralkan ini tubuh perlu merangsang rasa mual hingga semua racun dimuntahkan. Bila anda sering rasakan muntah tanpa ada alasan, dapatkan pemeriksaan diri ke doktor secepat mungkin.

5. Berlaku pertukaran warna air kencing dan najis

Pesakit hati biasanya alami perubahan warna air kencing. Sebab, kandungan bilirubin yang di buat oleh organ buah pinggang tidak boleh lagi ditapis oleh hati. Perkara ini menyebabkan warna air kencing bertukar jadi lebih gelap dari biasanya. Selain itu, warna najis juga ikut beralih jadi lebih kuning atau kelabu.

6. Perut merasa kembung

Waktu keadaan hati semakin bertambah kronik, perut akan terasa kembung dan kelihatan lebih mengembang. Ini lantaran ada pengumpulan cecair hati di dalam perut. Keadaan seperti itu mengisyaratkan tanda-tanda hati yang berisiko dan perlu rawatan segera.

7. Kaki dan tangan jadi bengkak

Tidak cuma ada timbunan di perut, cecair yang dihasilkan akan merebak ke bahagian tubuh yang lain seperti kaki dan tangan. Itu iaitu ciri yang sering dihadapi oleh pesakit hati. Tidak cuma bengkak tetapi akan merasa lembik waktu disentuh.

8. Mudah lelah

Apabila hati sudah tidak dapat lagi untuk mengolah serta membuang toksin dalam tubuh. Racun merebak ke darah, tisu otot dan organ yang lain. yang menjadikan metabolisme terhalang sehingga mengakibatkan perasaan lelah yang tidak dapat di hilangkan walaupun sudah berehat.

9. Kulit lebih peka

Tanda-tanda hati yang terakhir iaitu kulit lebih sensitif. Kulit penderitanya bakal terasa gatal-gatal lantas memerah dan urat-urat kelihatan lebih menonjol.

Itu 9 tanda-tanda hati yang perlu anda tahu, sebagai langkah berjaga-jaga dalam menghadapi masalah yang terjadi pada organ hati. – Sehinggit Media