facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
#TAHNIAH ~ Anak Ziela Jalil Kini Bergelar Doktor | Sinar Hairan

SinarHairan

#TAHNIAH ~ Anak Ziela Jalil Kini Bergelar Doktor

loading...

BUKAN mudah menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal, namun dengan kecekalan dan hati yang tabah Datuk Ziela Jalil membuktikan beliau mampu membesarkan anak-anak sehingga berjaya.

 Ini terbukti apabila anak sulungnya, Puteri Julia Nabilah sudah selesai pengajiannya dan kini bergelar doktor!

Berkongsikan berita gembira tersebut melalui akaun Instagram miliknya, pelakon dan penerbit itu tidak dapat membendung rasa gembira dan bersyukurnya terhadap kejayaan anaknya dengan memuat naik beberapa keping gambar majlis graduasi Julia yang berlangsung di Hotel Equatorial, Pulau Pinang, Ahad lalu.

 Ternyata segala penat lelahnya membesarkan anak-anak sendirian selepas pemergian suaminya yang juga bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, sembilan tahun lalu.

 Dalam pada itu Ziela, 46, turut berkongsi status ditulis oleh Julia yang menceritakan suka duka sepanjang lima tahun pengajian di Royal College of Surgeons di Ireland pada 2012 sebelum menamatkan pengajian.

Untuk melihat lebih banyak update dari instagram Datuk Ziela KLIK SINI

 Julia, 24, turut bersyukur kerana ibunya tidak putus-putus memberi semangat dan tidak pernah berhenti berdoa untuk kejayaannya.

 Dalam kapsyen itu juga Julia berkata kejayaan ini juga sebenarnya adalah untuk ibu dan Allahyarham bapanya. – MYNEWSHUB.CC

loading...
loading...

0 Response to "#TAHNIAH ~ Anak Ziela Jalil Kini Bergelar Doktor"

Catat Ulasan