facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
Setelah Tidak Menghadirkan Diri Ke Kem Skuad Malaysia U22 Inilah Nasib Yang Bakal Diterima 6 Pemain Tersebut | Sinar Hairan

SinarHairan

Setelah Tidak Menghadirkan Diri Ke Kem Skuad Malaysia U22 Inilah Nasib Yang Bakal Diterima 6 Pemain Tersebut

loading...


Enam pemain yang sepatutnya melaporkan diri dalam skuad Malaysia U22 untuk menghadapi saingan kelayakan AFC U22 dan temasya sukan SEA kini digugurkan dalam senarai pemain yang akan berangkat ke Bangkok hari ini.
Jurulatih skuad Malaysia U22, Datuk Ong Kim Swee nyata kecewa dan terpaksa mengugurkan 6 pemain itu dan beliau hanya membawa 22 orang pemain ke saingan kelayakan AFC U23. Enam pemain yang dimaksudkan ialah Matthew Davies (Pahang), Azam Azih (Pahang), Safawi Rashid (JDT), Haziq Naqli (JDT),  S. Kumaaharan (Penang) serta Syamer Kutty Abba (Penang).
“Ketika ini saya tidak ada banyak pilihan dan pemain-pemain yang berlatih di sini (wisma FAM) akan disenaraikan termasuk seorang lagi pemain dari Sarawak, Nur Shamie Iszuan bagi melengkapkan senarai 22 pemain,” katanya.
“Nur Shamie akan melaporkan diri hari ini sebelum kami berlepas ke Bangkok petang ini dengan enam pemain yang enggan lapor diri saya anggap mereka tidak akan datang,”
Pada saingan kelayakan AFC U22, Malaysia diundi dalam kumpulan H bersama Thailand, Indonesia dan Mongolia dan mempunyai peluang yang cerah untuk layak ke pusingan akhir di China tahun depan.
Selain tugasan di Bangkok, skuad Malaysia u22 juga akan bertanding dalam acara bolasepak Sukan SEA yang akan bermula pada 19 Ogos hingga 30 Ogos ini. FAM menetapkan sasaran pingat emas untuk skuad negara.
Datuk Ong Kim Swee kemungkinan tidak akan menyenaraikan semula 6 pemain yang digugurkan untuk tugasan Sukan SEA dan akan mengekalkan pemain sedia ada.
sumber: Harian Metro
loading...
loading...

0 Response to "Setelah Tidak Menghadirkan Diri Ke Kem Skuad Malaysia U22 Inilah Nasib Yang Bakal Diterima 6 Pemain Tersebut"

Catat Ulasan