facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
“Saya Hanya Menerima Satu Tajaan Sahaja” – Ummi | Sinar Hairan

SinarHairan

“Saya Hanya Menerima Satu Tajaan Sahaja” – Ummi

loading...

BAKAL mendirikan rumah tangga pada 3 Ogos depan, Ummi Nazreera hanya menerima satu tajaan daripada pihak luar dan segala persiapan lain dilakukan sendiri serta dibantu ahli keluarga.


Menurut aktres berusia 27 tahun itu yang bakal berkahwin dengan Dr. Mohd. Izzar Anwari, dia tidak berhasrat untuk menerima tajaan pada sesuatu perkara yang dirasakan tidak perlu.
“Bukan tak ada yang mahu menaja sebaliknya ramai yang berminat, tetapi saya hanya menerima satu sahaja, iaitu berinai.
“Bukannya saya menolak rezeki tetapi bagi saya, hanya inai sahaja yang saya perlukan. Untuk persiapan lain, saya dan keluarga boleh uruskan sendiri, Insya Allah,” katanya kepada mStar Online.
Bakal bernikah di Glam Marriot Hotel Putrajaya dengan dua majlis resepsi masing-masing pada 5 dan 12 Ogos depan, Ummi mengakui dia sudah merasa debaran bergelar seorang isteri.
“Saya bukan berdebar kerana memikirkan soal persiapan majlis sebaliknya berdebar kerana bakal bergelar seorang isteri. Tak perlulah saya mengulas lanjut tentang perkara itu,” katanya.
Bercerita tentang perancangan bulan madu selepas berkahwin, Ummi berkata dia dan Izzar, 30, merancang untuk ke Sabah dan Switzerland selepas selesai majlis resepsi ketiga mereka pada 12 Ogos depan. 
Sumber – MYNEWSHUB
loading...
loading...

0 Response to "“Saya Hanya Menerima Satu Tajaan Sahaja” – Ummi"

Catat Ulasan