facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
Pukul Isteri Main Perempuan Lain, Faizal AF Tampil Buka Mulut Dedah Kisah Sebenar | Sinar Hairan

SinarHairan

Pukul Isteri Main Perempuan Lain, Faizal AF Tampil Buka Mulut Dedah Kisah Sebenar

loading...

Pukul Isteri Main Perempuan Lain, Ini Respon Balas Faizal AF



Bekas juara AF musim ke-4, Faizal nampaknya telah tampil membalas kenyataan yang dikeluarjan oleh bekas isterinya.

Sebelum ini, bekas isteri Faizal, Sahidatul Najiha mendakwa pernah dipukul dan Faizal ada perempuan lain ketika berkahwin.

Ini pendedahan dari Sahidatul (BACA SINI)

Faizal telah tampil mendedahkan perkara sebenar.

Ini komennya:

"Saya malas nak besarkan cerita rumah tangga kerana terlalu peribadi untuk dijaja, saya tidak pernah pun pukul dia atau naik kaki dan tangan sepanjang kami berkahwin.

"Saya akui kami masing-masing ada kesilapan, jika mahu cari salah saya, dia pun kena fikir kesilapan dia yang selalu mengeluarkan kata-kata kasar. Dia juga yang keluar meninggalkan saya dahulu sebelum kami berpisah,"

"Kami tidak ada persefahaman lagi, tentang masalah kewangan itu bukanlah punca utama kerana saya bekerja menyara keluarga,"

"Saya mahu fikir positif dan mulakan hidup baharu, sekarang mahu fikir kerja dahulu dan serik nak fikir tentang kahwin.

"Bagi saya perjalanan kehidupan saya dengan bekas isteri sudah berakhir dan tidak mahu mengingat kembali,"


Kegagalan perkahwinan ini merupakan kali ketiga buat Faizal.

Penyanyi ini akui kini agak serik untuk berkahwin lagi. Faizal kini mahu fokus dengan kerjaya dan juga perniagaannya.

Sumber: mStar
loading...
loading...

0 Response to "Pukul Isteri Main Perempuan Lain, Faizal AF Tampil Buka Mulut Dedah Kisah Sebenar"

Catat Ulasan