facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
#PANAS ~ Sambut Raya Berasingan, Rumah Tangga Farid Kamil, Diana Danielle Goyah? | Sinar Hairan

SinarHairan

#PANAS ~ Sambut Raya Berasingan, Rumah Tangga Farid Kamil, Diana Danielle Goyah?

loading...

Rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle pernah dikatakan goyah tahun lalu apabila Diana dilaporkan ke mahkamah bagi mendapatkan khidmat nasihat tentang hubungan mereka. 

 Tahun ini sekali lagi isu rumah tangga mereka hangat diperkatakan apabila mereka didakwa tidak beraya bersama pada sambutan Aidilfitri Ahad lalu.

 Perkara ini pada mulanya dapat dihidu apabila Farid memuat naik satu posting di akaun Instagramnya pada malam raya seperti memberi ‘hint‘ bahawa mereka tidak beraya bersama dan anak mereka, Muhammad dan Aurora berada bersama Diana.

 Farid juga tidak membuat sebarang ucapan kepada Diana seperti yang sering dilakukan oleh pasangan suami isteri yang lain.

 “Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin saya mohon daripada semua… terutama kepada Muhammad serta Nur Aurora. Semoga hari raya tahun ini membawa seribu keriangan buat anakanda berdua. 
 “Babah di sini mendoakan semoga anakanda berdua sentiasa dilindungi Allah swt dan berada dalam keadaan sihat. I miss both of you Muhammad and Aurora,” tulisnya.


Pada hari raya pertama pula, Diana telah memuat naik gambarnya bersama anak-anak dengan kapsyen agar mereka menyambut raya dengan gembira bersama Farid selepas beraya dengannya.

“Cerita pagi tadi: you + little boy + little girl = apa apa je lah!. “Ibu #teamrayakl mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Kejap nanti giliran Babah #teamrayaKedah pula bersama kamu berdua. 
Have fun and makan puas-puas. Jangan lupa kumpul duit raya. Ibu know you will be in good hands under Babah’s care, I will miss my babies. So, any more team #rayaKL? Angkat tangan!,” tulisnya.


Walapun posting kedua-dua selebriti ini menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan peminat mereka, Farid dan Diana masih belum memberikan apa-apa kenyataan berkaitan perkara ini.

Mereka juga tidak membalas sebarang komen yang ditinggalkan oleh peminat di Instagram mereka yang bertanya tentang isu mereka beraya secara berasingan.

Semoga semuanya baik-baik sahaja. -MYNEWSHUB.CC

loading...
loading...

0 Response to "#PANAS ~ Sambut Raya Berasingan, Rumah Tangga Farid Kamil, Diana Danielle Goyah?"

Catat Ulasan