facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
Nk tunjuk baik, akhirnya Fizo Omar terkena karma... | Sinar Hairan

SinarHairan

Nk tunjuk baik, akhirnya Fizo Omar terkena karma...

loading...
Pada: Jumaat, 7 Julai 2017
Berita Artis, Facebook, Fizow Omar, GrabCar, Pelakon,

Fizo Omar berkongsi kisah dimana dia hampir kehilangan kamera mahal dalam sebuah kereta Grab.

Kisahnya, dia yang menaiki kenderaan tersebut mula memasang niat untuk memberi sumbangan kepada pemandunya.

Ini kerana Fizo berasa tersentuh dengan situasi atau kehidupan pemandu berkenaan yang dikatakan sukar dan daif.

“Mulanya berhajat nak bagi RM50, tapi bertukar bagi RM20 sahaja,

"Mula-mula saya nak bagi dalam RM50, nak bagi dekat mak dia untuk makan tapi niat itu berubah apabila ‘dihasut’… hmmmm buka wallet tengok ada duit RM20 dan RM50. 'Hasutan’ tu membuatkan saya ubah niat dengan bagi dia RM20 je," katanya.

Namun, seperti 'diketuk', kamera miliknya tertinggal di dalam kereta Grab itu.

"Masa nak balik saya baru perasan kamera kesayangan yang baru dibeli tercicir dalam kereta tadi. Apa lagi, terus call dia. Dalam hati macam... hmmm… bye bye sudah kamera tu... terus fikir negatif macam-macam.

"Tiba-tiba, pemandu itu hubungi saya semula beritahu kamera itu ada padanya," ujarnya.

Siapa sangka, pemandu tersebut begitu baik hati dan datang memulangkan semula kamera milik Fizo.

Tag : Berita Artis , Facebook , Fizow Omar , GrabCar , Pelakon

loading...
loading...

0 Response to "Nk tunjuk baik, akhirnya Fizo Omar terkena karma..."

Catat Ulasan