facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
Mia Ahmad dedah sikap sebenar suaminya.... | Sinar Hairan

SinarHairan

Mia Ahmad dedah sikap sebenar suaminya....

loading...
Pada: Ahad, 2 Julai 2017
Berita Artis, Mia Ahmad, Pelakon, Pemain Bola Sepak, Pulau Maldives, Suami Isteri,
Mia Ahmad memberitahu selepas berkahwin baharu dia tahu perangai sebenar suaminya, penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi Roslan.

Mia tidak sangka suaminya suka memasak dan membantunya dalam melakukan kerja-kerja rumah.

"Sebelum kami kahwin, saya tak pernah tahu yang Izham pandai masak dan suka bantu saya mengemas rumah. Apabila dah duduk serumah ini, barulah saya tahu itu perangai sebenar dia.

"Kalau suami nampak saya sibuk di dapur, terus dia datang membantu tanpa disuruh selain menawarkan diri mengemas rumah,

"Tahun pertama kami beraya bersama tapi Izham tak dapat cuti lama. Raya kedua saya dah hantar dia ke lapangan terbang untuk perlawanan seterusnya.

"Sejak kami berkahwin, jadual suami terlalu padat sebab itu belum ada masa nak pergi berbulan madu. Tapi inilah cabaran berkahwin dengan pemain bola sepak dan saya kena terima.

"Tapi Insya-Allah bulan Ogos atau penghujung tahun ini suami ada cuti panjang, bolehlah pergi berjalan-jalan, " ujar Mia yang teringin ke Maldives memetik portal mStarOnline.

Mia atau nama sebenar Shamiha Ahmad Baderi dan Izham, 26, berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

Tag : Berita Artis , Mia Ahmad , Pelakon , Pemain Bola Sepak , Pulau Maldives , Suami Isteri

loading...
loading...

0 Response to "Mia Ahmad dedah sikap sebenar suaminya...."

Catat Ulasan