facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
Izzue Islam dedah punca tak dapat zuriat lepas 4 tahun berkahwin | Sinar Hairan

SinarHairan

Izzue Islam dedah punca tak dapat zuriat lepas 4 tahun berkahwin

loading...
Pada: Khamis, 6 Julai 2017
Anak Artis, Berita Artis, Izzue Islam, Pelakon, Suami Isteri,

Izzue Islam dan isterinya Awin jika mengikut info sudah 4 tahun berkahwin namum masih belum dikurniakan cahaya mata.

Sebaliknya Izzue Islam dan isteri tidak merasa apa-apa perasaan dari sudut tertekan dengan persoalan dari orang ramai tentang zuriat mereka.

Malah Izzue memaklumkan kesibukannya bekerja sehingga tidak bercuti menjadi salah satu sebab mereka belum dikurniakan cahaya mata.

Saya akui sejak saya berkahwin, saya belum ada masa untuk berehat daripada kerja apatah lagi untuk bercuti. Jadual kerja saya memang penuh dan saya hanya dapat bercuti jika ada produksi yang menunda atau membatalkan temu janji penggambaran atau sebagainya.

Ramai yang menasihati saya supaya mengambil masa untuk bercuti dan berehat bersama isteri kerana ia salah satu cara memudahkan kami untuk menimang cahaya mata.

Bukan tak mahu bercuti, cuma saya dan isteri memang suka bekerja dan tidak sampai hati untuk menolak tawaran kerja yang diterima kerana pada saya, selagi orang mahukan kita, selagi itulah saya tak mahu tolak rezeki.

Kami memang ada merancang untuk berjumpa pakar tapi belum ada masa kerana sibuk dengan jadual seni. Insya-Allah, suatu hari nanti.

Alhamdulillah, setakat ini saya dan isteri tidak berasa tertekan dengan persoalan mengenai anak. Kami anggap mereka yang bertanya adalah mendoakan tentang kami.

Tag : Anak Artis , Berita Artis , Izzue Islam , Pelakon , Suami Isteri

loading...
loading...

0 Response to "Izzue Islam dedah punca tak dapat zuriat lepas 4 tahun berkahwin"

Catat Ulasan