facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
Inilah bakal suami Tunku Tun Aminah (7 gambar) | Sinar Hairan

SinarHairan

Inilah bakal suami Tunku Tun Aminah (7 gambar)

loading...
Pada: Isnin, 17 Julai 2017
Gambar Artis, Istana Negara, Johor, Kerabat di Raja, Perkahwinan, Tunku Tun Aminah,
Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim, 31, khabarnya akan mengakhiri zaman bujang dengan bernikah dengan Dennis Muhammad Abdullah, 28, di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, 14 Ogos ini.

Menurut laporan dari Harian Metro, Yang Dipertua Majlis Jumaah Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, istiadat persandingan pasangan Pengantin Diraja akan diadakan di Bilik Singahsana Istana Besar Johor Bahru pada 8 malam, hari sama.

“Perkahwinan Tunku Tun Aminah akan dilangsungkan penuh istiadat Melayu dan Budaya Istana Johor,” katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, Johor Bahru, hari ini.

Beliau berkata, satu istiadat meletak kerja pada 8 Ogos ini dengan menaikkan bendera istiadat kerajaan menandakan permulaan Istiadat Perkahwinan Diraja itu.

“Majlis Tahlil dan Doa Kesyukuran akan diadakan pada Khamis 10 Ogos di Masjid Pasir Pelangi mulai 6.30 petang mohon restu Allah SWT terhadap perkahwinan itu.

“Istiadat pertunangan akan diadakan pada jam 10 pagi pada 14 Ogos dia Istana Bukit Serene diikuti Istiadat Nikah,” katanya.


Katanya, Sultan Johor berkenan mewakilkan Sahibus Samahah Datuk Muhammad Tahrir Shamsudin yang juga Mufti Negeri Johor sebagai wali.

Katanya, majlis perkahwinan dilangsungkan secara tertutup.

Tag : Gambar Artis , Istana Negara , Johor , Kerabat di Raja , Perkahwinan , Tunku Tun Aminah

loading...
loading...

0 Response to "Inilah bakal suami Tunku Tun Aminah (7 gambar)"

Catat Ulasan