facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
Demi Berlakon Filem Marvel Di Hollywood, Raja Ilya Sanggup Jalani Pembedahan Mantapkan Bentuk Tubuh | Sinar Hairan

SinarHairan

Demi Berlakon Filem Marvel Di Hollywood, Raja Ilya Sanggup Jalani Pembedahan Mantapkan Bentuk Tubuh

loading...

Demi Berlakon Filem Marvel Di Hollywood, Raja Ilya Sanggup Jalani Pembedahan Bentuk Tubuh


Pelakon hebat dari Malaysia, Raja Ilya akan menjalani penggambaran filem superhero terbitan Marvel di Hollywood.

Yang terbaru tentang filem ini, menerusi laporan Berita Harian, Raja Ilya sanggup mengambil risikojalani pembedahan untuk membuat perubahan pada penampilannya agar lebih sempurna dan mantap.

Kata Raja Ilya, pengorbanan harus dibuat untuk setanding dengan pelakon antarabangsa yang lain.

Kini pelakon ini sedang membuat persediaan awal perlu dilakukan, termasuk menjalani pembedahan dan menghasilkan otot tubuh.

Ini komennya:

AMBIL RISIKO

"Syarikat perfileman antarabangsa agak was-was untuk menerima pelakon dari Asia, terutama bakat beragama Islam. Begitupun demi karier dan peluang keemasan ini, saya sanggup mengambil risiko.

"Saya masih berpegang pada agama dan mereka juga tahu saya seorang Muslim. Tetapi saya katakan kepada mereka, saya boleh berikan sedikit kelonggaran.

SUKA WARNA KULIT

"Mereka sukakan warna kulit saya dan mahu saya mengekalkannya seperti sedia kala. Walaupun tiada paksaan, saya berasa perlu untuk melakukan sedikit perubahan pada diri supaya dilihat setanding artis antarabangsa,"

 "Apabila berlakon di layar lebar yang bukan saja untuk tontonan di Malaysia, saya rasa perlu berkorban sedikit. Saya tidak mahu ada kecacatan dari segi lakonan, bakat dan penampilan kerana saya juga akan membawa nama Malaysia," 

ADA SYARIKAT TAJA MANTAPKAN PENAMPILAN

"Mereka boleh membantu saya menampakkan otot tubuh tanpa perlu bersusah-payah ke gimnasium. Lagi pun, saya tiada masa untuk ke gimnasium. Menerusi cara ini, saya dapat bentuk badan yang diinginkan dengan cepat.

"Malah, ada klinik yang sudi menaja saya dari atas ke bawah. Mereka berbuat demikian bukan kerana saya selebriti, tetapi demi penampilan saya dalam filem ini," 

Takkan beraksi melampau mahupun babak yang boleh menjejaskan namanya, Raja Ilya bagaimanapun mengakui filem terbabit nanti akan mempunyai babak yang memerlukan beliau berpakaian terdedah seperti watak Wonder Woman, lakonan Gal Gadot.

Beraksi dalam filem superhero itu Raja Ilya memerlukan dirinya untuk berlatih berlari.

Pelakon ini bakal menjalani latihan mempertingkatkan stamina di luar negara.

Raja Ilya dijadualkan berangkat ke Amerika Syarikat pada Disember depan dan akan menumpukan sepenuhnya kepada filem ini.

Sumber: BHarian
loading...
loading...

0 Response to "Demi Berlakon Filem Marvel Di Hollywood, Raja Ilya Sanggup Jalani Pembedahan Mantapkan Bentuk Tubuh"

Catat Ulasan