facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
"Cara Dia Tegur Kasar, Sering Bergaduh" - Uqasha Dedah Sikap Salah Seorang Pelakon Hero Seorang Cinderella | Sinar Hairan

SinarHairan

"Cara Dia Tegur Kasar, Sering Bergaduh" - Uqasha Dedah Sikap Salah Seorang Pelakon Hero Seorang Cinderella

loading...

"Cara Dia Tegur Kasar, Sering Bergaduh" - Uqasha Dedah Sikap Salah Seorang Pelakon Hero Seorang Cinderella



Nama Uqasha Senrose sebagai pelakon semakin kukuh dan lakonan dalam drama Hero Seorang Cinderella mendapat pujian para penonton.

Dalam drama itu, orang ramai mula menyukai Uqasha malah gandingan dengan pelakon baru Fikry Ibrahim amat serasi.

Sehinggakan ada mendakwa Uqasha dan Fikry sesuai sebagai pasangan kekasih yang sebenar.

Uqasha telah tampil menyangkal dkawaan ini dan menyatakan dia dan Fikry sebenarnya sering 'bergaduh' di set penggambaran terutama soal pemilihan pakaiannya.

Oleh kerana kerap ditegur dia memberi gelaran ustaz kepada bekas peserta finalis program Lawak Solo itu.

Ini komennya:

"Syukur, watak saya menerusi drama ini benar-benar memberi ruang untuk menonjolkan bakat lakonan sebenar,"

"Bercinta dengan Fikry? Kalau nak tahu hari-hari kami bergaduh dekat set, Fikry ni dah macam ustaz dan akan cari pasal dengan saya terutama nak menegur cara saya berpakaian.

"Cara dia tegur memang kasar bunyinya tetapi saya tidak ambil hati kerana tahu niat dia baik dan ikhlas.


"Mungkin itu cara dia tapi kadang-kadang buat saya geram dan itu sebab kami sering 'bergaduh' di set," 


Tentang kekasih hati, Uqasha akui masih belum ada seseorang yang istimewa buatnya pada ketika ini.

Ini komennya lagi:

"Ya, kalau boleh biar cepat bertemu jodoh dan rasanya ini adalah waktu tepat untuk saya serius memikirkan soal itu.

"Itulah pula masalahnya, jodoh nak cepat tetapi kekasih belum ada, macam mana?"


Uqasha Senorse telah menyambut hari lahirnya yang ke 25 baru-baru ini.

Selain rakan media, turut menyerikan majlis tersebut dengan kehadiran teman-teman selebriti antaranya Datin Umie Aida, Fasha Sandha, Fazura, Nelydia Senrose, Ryzal Jaafar, Fikry Ibrahim, Emma Maembong dan Daler Yusof.

Semoga maju jaya buat Uqasha Senrose.
loading...
loading...

0 Response to ""Cara Dia Tegur Kasar, Sering Bergaduh" - Uqasha Dedah Sikap Salah Seorang Pelakon Hero Seorang Cinderella"

Catat Ulasan