facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
#ALFATIHAH ~ Pelakon Veteran Osman Zailani Meninggal Dunia | Sinar Hairan

SinarHairan

#ALFATIHAH ~ Pelakon Veteran Osman Zailani Meninggal Dunia

loading...
Osman Zailani popular dalam drama PJ Holdings di Malaysia pada era 1980-an. FOTO: Ihsan daripada azizah-bk.blogspot.sg 

 Pelakon veteran yang popular pada tahun 1980-an iaitu Osman Zailani meninggal dunia di Singapura pada Selasa.

 Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.15 malam di Hospital Khoo Teck Puat (KTPH).

 Kematian Allahyarham disahkan oleh cucunya iaitu penyanyi Hady Mirza menerusi laman sosialnya pada malam Selasa.

 Allahyarham popular dalam drama bersiri PJ Holdings pada era 1980-an bersama aktres veteran Fatimah Yassin manakala Melissa Saila menjadi anak mereka.

 Osman, 85, atau nama sebenarnya Mohammad Kechut dimasukkan ke hospital pada 23 Jun lalu iaitu dua hari sebelum menyambut Syawal selepas 18 hari terlantar sakit.

 Bagaimanapun tidak dinyatakan punca kematian Allahyarham.

 Dalam bidang filem, Allahyarham turut berlakon dalam Sesejuk Air Mata Ibu, Tujuh Biang Keladi, Suratan Kasih dan Banting.

 Pada tahun 1970-an, Allahyarham pernah membawa watak Ong Lee dalam siri televisyen popular Hawaii Five-O dan juga watak Bob dalam filem Saint Jack.

 Jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Sembawang, Singapura pada Rabu.[mStar]
loading...
loading...

0 Response to "#ALFATIHAH ~ Pelakon Veteran Osman Zailani Meninggal Dunia"

Catat Ulasan