facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
Akbar Sahari Nafi Berbaik Dengan Bekas Isteri! | Sinar Hairan

SinarHairan

Akbar Sahari Nafi Berbaik Dengan Bekas Isteri!

loading...

KUALA LUMPUR – Pengulas sukan Astro Arena, Akbar Sahari menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sebuah laman blog hiburan yang menyatakan bahawa beliau berbaik semula dengan bekas isterinya, Rita Rudaini.


Menerusi kenyataan media yang dikeluarkannya hari ini, Akbar menafikan dakwaan yang dibuat blog tersebut dan menjelaskan ia berunsur fitnah.
” Biarpun tidak menjelaskan secara terperinci, namun tajuk artikel yang dimuat naik pada 9 Julai itu sangat mengelirukan dan jelas berunsur fitnah.
“Penulis juga tidak mendapatkan sebarang kenyataan daripada saya terlebih dahulu di samping menggunakan gambar-gambar yang diambil dari sumber yang tidak sah termasuklah memuat naik foto adik kembar saya bersama isteri”, ujarnya dalam kenyataan tersebut.
Beliau beranggapan tindakan tidak bertanggungjawab penulis tersebut adalah untuk menjatuhkan maruah serta  reputasinya selain artikel tersebut memberi kesan yang mendalam terhadap diri dan keluarganya.

“Saya sifatkan tindakan ini sebagai tidak bertanggungjawab dan berniat jahat untuk menjatuhkan maruah dan reputasi saya di mata masyarakat. Artikel ini turut memberikan kesan yang mendalam dan menyebabkan tekanan emosi kepada diri dan keluarga”, tambahnya lagi.
Pengulas sukan tersebut telah membuat laporan polis dan mendesak agar laman blog tersebut menarik semula artikel  itu dalam masa 48 jam.
Sekiranya gagal berbuat demikian, beliau terpaksa mengambil tindakan saman malu ke atas laman blog berkenaan atas dasar pengajaran terhadap sikap tidak bertanggungjawab tersebut.
“Sekiranya gagal berbuat demikian, saya terpaksa mengambil tindakan saman malu terhadap pemilik blog/laman FB berkenaan bagi memberi pengajaran terhadap perbuatannya yang tidak bertanggungjawab ini.” katanya.
Akbar dan Rita telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 23 Mei 1999 dan berpisah pada tahun 2001

Sumber - MYNEWSHUB
loading...
loading...

0 Response to "Akbar Sahari Nafi Berbaik Dengan Bekas Isteri!"

Catat Ulasan