facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
Abu Hurairah, Sahabat Nabi Dengan Ingatan Yang Luar Biasa | Sinar Hairan

SinarHairan

Abu Hurairah, Sahabat Nabi Dengan Ingatan Yang Luar Biasa

loading...
Image result for padang pasir

ABU Hurairah adalah salah satu sahabat Nabi yang masuk Islam sesudah masa hijrah. Kecintaannya pada kebenaran telah membawanya kepada Islam setelah perang Khaibar, pada tahun 7 Hijrah sehingga menuntunya untuk bersahadat dihadapan Nabi Muhammad SAW.

Abu Hurairah berjumpa dengan Rasulullah hanya dalam kurun waktu yang cukup singkat. Selama empat tahun. Namun empat tahun ini tidak disia-siakan. Ia pergunakan masa tersebut untuk menjadi pelayan Rasulullah SAW dan dengan setia mengikuti kemana sahaja Rasulullah pergi.

Abu Hurairah tak pernah absen dari majlis yang Rasulullah laksanakan. Abu Hurairah tidak hanya belajar langsung dari sumbernya, namun juga merakam kata demi kata yang terucap dari mulut Nabi SAW. Ia juga menyimpan setiap momen persoalan yang Rasulullah selesaikan. Dimana nantinya akan berguna jika terjadi permasalahan yang sama.

Sebenarnya ada satu keistimewaan yang dimiliki oleh Abu Hurairah tetapi tidak dimiliki oleh sahabat yang lain. Abu Hurairah terkenal dengan ingatannya yang kuat. Abu Hurairah dapat mengingat dengan mudah, termasuk semua perkataan dengan terperinci betapa panjangnya. Dan ingatan itu dapat ia pertahankan hingga akhir hayatnya. Subhanallah sungguh kurnia yang patut disyukuri oleh sesiapa yang mendapatnya.

Abu Hurairah sedar bahawa ia amat tertinggal oleh sahabat lain yang sudah masuk Islam lebih dulu. Padahal ia begitu mencinai kebenaran, begitu mencinti Nabi SAW dan begitu mencintai dakwah. Ia ingin memberi andil dalam perjuangan Islam sesuai dengan apa yang ia mampu. Namun, kesempatan berjihad di jalan Allah tidak selalu tersedia, lagipula semua sahabat pun mampu melakukannya. Berinfak di jalan Allah pun tidak selalu dapat ia lakukan kerana ia hanya seorang yang miskin yang tidak mempunyai kebun, ternakan dan perniagaan.

Maka ia memutuskan untuk menjadi jalan dakwah dengan menjadi penyambung dakwah Nabi. Ia akan menyampaikan segala sesuatu yang didengar, dilihat dan difahami dari segala sisi kehidupan Rasulullah SAW.

sumber islampos.com


from Detik Islam http://ift.tt/2uCsYJR
loading...
loading...

0 Response to "Abu Hurairah, Sahabat Nabi Dengan Ingatan Yang Luar Biasa"

Catat Ulasan