facebook KLIK PANGKAH UNTUK TUTUP Button Close
Pengalaman Seram Ketika Menuntut di UITM M.. | Sinar Hairan

SinarHairan

Pengalaman Seram Ketika Menuntut di UITM M..

loading...
Aku tengok banyak yang share cerita pasal Uitm. So, aku nak juga join sekaki..hihi. Nak share cerita yang aku alami sendiri semasa masih menuntut di Uitm M. Aku tak nak bagitahu Uitm ni kampus mana tapi yang pasti ni Uitm kat Sarawak. Kat Sarawak mana de banyak kampus Uitm, ada tiga je. So, sapa yang studi kat situ tahulah kan ni kampus mana. Tapi untuk pengetahuan semua kampus ni dah takde lagi sb dah ada kampus baru. So, ni cerita pasal Uitm M kampus lama. Sesiapa yang dari kampus baru tu tak payah takut sangat sebab ni berlaku kat kampus lama.



ORIENTASI (MDS)
Aku nak mulakan dengan pengalaman pertama aku kat UITM M. Untuk pengetahuan semua, kampus ni cuma untuk budak diploma dan precom je. Tempat ni pun kat shoplot dan terletak di tengah pasar. Untuk pengetahuan semua, Uitm kampus M ni terletak di sebuah pekan kecik. Nak cakap pendalaman sangat, tak juga sebab kat sini ada juga kfc, sugarbun. Pada akhir sem aku kat situ ada shopping mall dibina kat situ, merasa juga shopping mall kat pekan kecik ni kan. Berbalik kepada cerita aku tadi, Kampus ni memang kat shoplot tapi belakang shoplot tu ada hutan. Hutan tu takla luas tapi hutan tu memanjang ke belakang n banyak pokok2 besar. Nama pun tempat ni area luar bandar. Walaupun kat pasar still ada hutan kecik.
Masa aku baru dapat surat tawaran kat tempat ni, aku memang dah agak aku akan dapat tempat ni sebab course aku ada kat kampus ni je masa tu. So, aku tak terkejut sangat. Kakak aku pun dah brief aku cukup2 tentang tempat tu sebab dia pernah praktikal kat area tu juga. Lagi satu aku ni orang Sarawak juga sebab tu tak kisah sangat dapat dekat kampus ni. Dekat kalau nak balik tempat aku. Adalah dalam 8 jam kalau pakai bas..hihi.

Time ni tahun 2011 kalau tak silap. Masa aku mendaftar tu, aku ditemani oleh bapa aku. Bapa aku sebenarnya memang malas nak hantar aku masa tu sebab result spm aku tak seperti yang dia harapkan. Kiranya aku dapat ni pun untuk cukupkan syarat je kan. Muka dia pun ketat je, cakap pun tak banyak masa tu. Lepas kakak pm tunjukkan aku dapat bilik mana, serta merta perasaan aku jadi tak suka. Kat kampus ni, pelajar akan tinggal dalam dorm iaitu ada 10 -14 orang berkongsi satu bilik. Katil pun katil double decker. Aku tak kisah kongsi bilik ramai2 tapi yang aku tak suka tu aku dapat katil paling hujung sekali. Dahla katil aku dekat dengan toilet. Buka pintu toilet terus nampak katil aku. Sebab katil dekat dengan toilet ni aura dia tak bagus sangat. Dahla aku dapat katil yang bawah. Nak pilih2 katil tak dapat sebab masa daftar kita dah diberi no katil, no almari n no meja belajar sendiri.

Bapa aku cuma cakap “Jauh juga katil kau ni. ” Lepas dia letakkan beg aku, dia keluar tinggalkan aku kat situ. Adalah dia sempat suruh aku jaga diri baik2. Nak dijadikan cerita, masa orientasi tu memang batch kami kena cukup2 dengan kakak n abang pm. Balik pukul 12-12.30 mlm. Lepas tu berkumpul dalam pukul 5 pagi macam tu sebab yang islam kena sembahyang dan yang bukan islam pula berkumpul dalam dewan. Memang tak cukup tidur aku rasa sampaikan masa praktis nyanyi lagu Uitm pun aku menguap sambil menyanyi. Masa orientasi aku memang selalu bangun awal sebab nak cuci baju. Kadang2 aku bangun 3.30 pagi sebab nak mandi dan cuci baju. Kalau lambat nanti penuh pula tandas. Sudahla tandas ada empat je. Masa orientasi tu memang serius aku tak ada rasa apa2. Bangun awal macam biasa. Sampaikan aku rasa tempat ni takde benda2 mistik ni.

Namun, sangkaan aku meleset sama sekali. Habis je minggu orientasi, aku pun merehat2kan diri kat bilik. Yalah, letih kan seminggu dikenakan oleh kakak dan abang pm. Malam tu, aku tidur macam biasa. Sebelum tidur, memang aku akan pastikan pintu tandas tu tertutup. Kalau terbuka memang tak dapat tidur sebab lampu tandas tu terang sangat sampai silau mata aku yang tidur kat katil. Lampu dorm pula memang tutup sebab masa ni semua nak tidur merehatkan diri. Adalah beberapa ketika selepas aku melelapkan mata, aku rasa katil aku digoncang kuat macam gempa bumi. Serius, masa tu aku ingat gempa bumi berlaku. Aku rasa aku ada buka mata kejap tengok apa yang jadi tapi aku tengok orang lain takde pula bangun. Aku lelapkan mata balik. Tak lama lepas tu aku rasa badan aku berat dan kaku. Tak dapat bergerak. Aku rasa macam ada benda ya baring atas badan aku.

Lepas tu aku rasa ada benda macam merayap2 kat badan. Macam tangan yang menjalar2 dari perut ke dada. Aku diam je sebab tak dapat bergerak. Mata aku memang aku pejam rapat-rapat. Tak nak aku buka mata sebab takut nanti nampak benda yang pelik2 pula depan mata. Lepas tu aku terdengar dengusan nafas yang garau kat telinga aku. Masa tu aku memang takut sangat. Tak pernah aku alami benda macam ni. Serius itu first time aku lalui pekara macam tu. Masa ni aku rasa nak menangis je sebab aku tak tahu nak baca doa apa pun. Masa tulah aku sedar betapa jahilnya aku dalam agama masa tu. Untuk pengetahuan semua, aku ni bukan islam. Aku ni beragama kristian tapi aku jarang sembahyang. Sebab tulah aku memang hilang arah masa tu. Tak tahu nak buat apa. Masa tulah aku sedar betapa pentingnya agama dalam diri seseorang tu tak kira orang tu agama apa.

Berbekalkan kekuatan yang masih berbaki dalam diri aku, aku cuba gerakkan tangan aku. Aku nak menjerit tapi suara tak keluar jadi aku gerakkan tangan aku dengan sekuat hati. Dalam beberapa ketika lepas tu, aku berjaya gerakkan tangan dan automatik badan aku tak kaku lagi. Lepas tu aku tak ingat lagi apa yang aku buat, sama ada aku terus pergi katil kawan atau aku sambung tidur je balik (sebab benda ni dah lama, so aku tak ingat sangat). Tapi yang pastinya aku bagitahu kat satu bilik pasal apa yang aku alami tu. Kawan aku ajak aku tidur kat katil dia lepas kejadian tu. Kawan aku ni kuat sembahyang dan iman dia lebih kuat dari aku. So, aku memang tidur dengan dia sepanjang semester tu. Berkawan dengan dia juga menyebabkan aku lebih mendekati tuhan dan selalu pergi sembahyang.

Rupanya bukan aku sorang saja yang kena dalam bilik tu. Ada sorang dormmates aku ni, dia ternampak lembaga merah berdiri di tepi dinding yang berdekatan katil aku tu. Lepas je dia tengok lembaga tu, esoknya dia terus pindah bilik lain. Mana tak yang lain makin takut. Tapi kakak senior yang satu bilik kami nasihatkan kami supaya jangan biarkan katil kosong dan lengang. Benda ni suka duduk kalau kita tinggalkan lama2 katil kita. Dia cakap asalkan ada kakak Pian (bukan nama sebenar), kita tak akan ada apa2. Kakak Pian ni kakak senior yang masuk lambat dua minggu dari orang lain sebab dia budak repeat. Tapi dia memang akan tinggal kat bilik kami sebab memang dah reserve awal.



Ternyata betul apa yang kakak senior sorang tu cakap. Sampai je kakak Pian ni, benda mistik kat bilik ni berkurang, sebabnya Kak Pian ni selalu sembahyang. Dia selalu baca al-quran. Memang dia rajin sembahyang. Tapi bunyi2 kerusi ditarik tu masih ada. Aku pun pelik mana datang bunyi tu sebab kami ni bilik tingkat atas sekali, tapi bunyi kerusi meja yang dtarik2 tu datangnya dari atas. Sedangkan atas tu bumbung. Memang aktif bunyi tu, macam orang pindah rumah pun ada. Setiap sem kat mana2 bilik memang bunyi tu ada. Apalagi dalam jam 12 pagi – 4 pagi. Memang kuat bunyi tu.

2. RASUK
Pengalaman kedua ni pula bukan terjadi kat aku, tapi terjadi kepada budak laki yang sama batch dengan aku. Aku rasa masa ni kami dah sem 3. Aku namakan dia sebagai ‘Sam’ je ya. Aku cerita ni berdasarkan apa yang dormmates dia cerita kat dalam kelas. Malam kejadian, Sam ni tetiba baring kat katil yang terbiar dalam dorm tu. Katil tu tak berpenghuni. Sam baring kat situ main handphone. Sebenarnya Si Sam ni nak lepak je kat situ sambil main handphone. Dalam pukul 2-3 pagi macam tu, Sam ni tiba-tiba tumbuk almari dengan kuat sampai semua bangun dari tidur. Masa yang lain nak halang dia dari tumbuk almari tu lagi, mereka cakap tangan Sam keras macam besi. Tak pernah mereka tengok keadaan yang macam tu.

Mata Sam pula merah menyala. Kawan-kawan yang sama dorm semua cemas. Ada yang turun ke bawah pergi panggil polis bantuan. Dahla kami tinggal kat atas shoplot so grill kat bawah tu memang dikunci oleh polis bantuan. Mereka dapat menjerit-jerit je panggil polis bantuan tu. Lepas tu, aku dengar ustaz datang sembuhkan Sam ni. Rupanya Sam kena rasuk sebab Sam terbaring dekat anak jin yang tengah baring kat situ. So mak jin tu marah dengan Sam ni (Aku tak pasti betul ke tak cerita anak jin ni tapi S memang betul kena rasuk). Adalah dalam beberapa hari dia tak pergi ke kelas sebab masih tak sihat. Sepanjang aku study kat situ, setiap kali aku tengok Sam ni lalu memang aku rasa seriau. Hihi.

3. ORIENTASI (MDS 2)
Kali ni pula aku nak ceritakan pengalaman masa aku pula jadi kakak pm. Masa ni intake precom ramai so kira ramaila yang nak di jaga. Masa tu, aku jadi ajk keagamaan. Ajk keagamaan ni ada dua. Seorang ajk untuk yang beragama islam dan sorang lagi ajk yang beragama kristian. Aku ajk yang beragama kristian. Walaupun masa tu ilmu agama aku suam2 kuku tapi bila dah diberi tugas tu, aku berikanlah yang sehabis mampu aku. Ada satu hari ni, aku ada buat sesi bercerita dengan budak2 kristian sementara menunggu group yang beragama islam balik dari solat (maghrib). Masa tu aku buka cerita seram dengan budak2 ni. Aku tahu aku sepatutnya tak boleh buka cerita macam tu tapi aku sengaja sebab nak penuhkan slot yang aku kendali masa tu. Aku tak la takut-takutkan mereka sebab aku lebih kepada memberi nasihat. Nasihat macam jangan buang pad sebarang, jaga kebersihan, bilik jangan kotor, kena selalu ingat pada Tuhan. Benda-benda basic yang selalu kakak dan abang pm bagitahu masa orientasi. Lepas tu aku ada cakap kena hati-hati kat kampus ni. Hihihi

Lepas dari sesi kami tu, tak de apa yang berlaku. Keesokan harinya pula, masa tengah buat aktiviti luar (kat parking lot) dengan semua budak baru, ada seorang budak perempuan ni pengsan. Kakak-kakak pm yang lain angkat budak tu naik ke bilik untuk berehat. Lama juga dia berehat sampai petang dia berada kat bilik. Masa ni semua orang kat dewan berkumpul, ada dua tiga orang je kakak pm kat kafeteria bawah sebab mereka nak sediakan makanan untuk makan malam. Lepas tu kecoh kat bawah. Kakak pm dan abang pm termasuk aku yang kat dewan keluar tengok apa yang jadi. Adalah dua tiga orang tingal dalam dewan untuk jaga budak MDS supaya mereka tak kecoh.

Kami turun ke bawah dan kami tengok budak yang pengsan tadi menjerit-jerit dalam bilik polis bantuan. Aku masa tu tengok dari bilik kafeteria je. Untuk pengetahuan semua, bilik kafeteria ni bersebelahan dengan bangunan polis bantuan, cuma dipisahlan dengan jalan raya kecil je (Muat dalam sebuah kereta lalu). Aku tengok ustaz tengah bercakap dengan budak tu sambil ditemani bunyi doa yang dipasang melalui laptop. Aku ada dengar ustaz tu tanya sapa nama perempuan tu. Mungkin dia nak tahu sapa yang berada dalam badan budak perempuan tu. Lepas tu boleh pula ustaz tu panggil aku dengan kawan aku sorang untuk tolong dia jaga budak tu dalam bilik polis bantuan. Aku ni takla penakut sangat tapi takla berani sangat nak jaga orang yang kena rasuk ni sebab tahap agama aku masih suam2 kuku. Nanti datang pula penyakit perempuan tu, apa yang aku nak buat kan. Tapi aku melangkah juga ke bilik tu demi menjalankan tugas. Aku rasa ustaz tahu apa yang aku rasa. Dia sempat lagi cakap, dia ni tak apa-apalah. Dia cuma gelabah je tadi sebab benda tu ganggu dia. Lega juga aku lepas dengar ustaz cakap macam tu.

Lepas tu aku dengan kawan aku duduk disamping budak perempuan tu. Aku kipas-kipaskan dia sebab aku tengok dia berpeluh. Dia asyik menangis je. Puas juga kami pujuk budak tu. Dia redalah sikit, badan dia pun nampak lemah. Lepas tu, aku tanyalah apa yang jadi tadi. Dia cakap masa dia tengah berehat kat dorm, dia rasa dia tengah diperhatikan. Lepas tu dia dengar suara orang gelakkan dia. Sebab tu dia terus keluar turun ke bawah menjerit-jerit.

Dia cakap dia nak pergi bilik tu tapi nak kami temankan. Kami bawa pun bawa dia naik dan temankan dia sampai dormmates dia yang lain sampai ke bilik. Lepas kejadian tu, aku ada buat sesi lagi dengan budak-budak MDS, mereka cakap lepas kami buat sesi yang haritu, mereka rasa takut dan asyik fikirkan apa yang aku cerita kat mereka. Sebab tu, lepas je dari tu aku tak cerita lagi benda mistik2 ni kat budak baru. Sebab sem seterusnya aku jadi kakak pm lagi tapi aku memang tak sentuh lagi benda tu sebab tak nak ada yang terfikir sangat sampai kena rasuk. Aku rasa budak yang pengsan tu terfikir-fikir sangat pasal benda mistik ni sampai terdengar bunyi macam-macam.

Sampai sini je pengalaman aku kat UITM M. Banyak lagi sebenarnya cerita aku kat UITM M tapi tangan aku dah lenguh menaip. Kalau cerita ni dipublish oleh admin, terima kasih aku ucapkan tapi kalau tak publish maybe bukan rezeki kan. Cerita aku takla seram macam cerita UITM lain tapi kalau korang sendiri yang berada kat tempat tu masa tu, memang akan rasa seram. Sorry kalau cerita ni bosan sebab ini cuma perkongsian pengalaman aku je. Sampai berjumpa lagi. Bye…

Sumber: fiksyenshasha
loading...
loading...

0 Response to "Pengalaman Seram Ketika Menuntut di UITM M.."

Catat Ulasan